-->

Mungkinkah ku teman biasa?

Oleh : Beego

beego_wdp@yahoo.co.uk


Maafkan  andai nya ku menganggu
Ku bukan membaca fikiran mu
Ku hanya ingin mengenali mu
dan tahu ku menyukai kamu.......

Mungkinkah ku teman biasa
seawalnya kita berjumpa...
(sheila Abdul~Mungkin kah)
    
       Harap-harap,kisah aku kali ini tidak membuat orang menangis lagi. Awal-awal pagi tadi lagi aku dah dijemput oleh M utk menemaninya menziarahi pusara arwah tunangnya Azli(bukan nama betul).Kebetulan, aku pakai baju warna hijau muda dan M pun baju kurung warna yg sama. Apa tandanya tu..?!!!.
"Aikkk..sama kaler nampak.." senyum M pd aku.Aku gelak jer..
" Dah jodoh.."kata aku.M pun gelak.Hepi nya....!!
Aku tengok M dah back to normal,Alhamdulillah! lagipn masa kat kubur tadi kami msg2 tumpu pd bacaan yasin masing2..kalau dia menangis pun aku tak nampak kerana dia pakai spec.

Lepas gi kubur,kami pergi breakfast.Kat mana lagi kalau bukan kedai mamak.
"U ni tak tidur ke..?" tanya M pd aku.
"Pasal..?"tanya aku balik.
"Mata dah macam org bela antu..merah!!" dia kenakan aku.
Hahaha..kami sama-sama gelak.M betul-betul buat mood aku bertukar dari kesan tsunami 'sebatas kejujuran' ke lawak komedi nya.

Habis makan,M hantar aku balik.
"Tak masuk dulu..?"pelawa aku.
"Taknak nanti gifren u marah.."balas M.
"Gilfren?..sape..?" tanya aku balik.
"Mummy u lahhh..hahaha.." M gelakkan aku.Aku pn tergelak sama.
"C U tonite..ekkk" sambil bye bye kat aku.

Hepi sungguh rasanya bila ada dengan M,harap2 dia pun hepi mcm aku.
M dah naik title menjadi 'Teman tapi mesra' aku.Tu..dia yg letakkan bukan aku.Aku masih ingat lagi macam mana aku jumpa dengan M.Bila dia senyum pada aku kat dlm flight,macam yg aku cerita dlm kisah aku 'Mungkir Bahagia'dulu.

Aku rasa M pun masih ingat camne dia tegur aku,biarpun dia tu kekadang lupa sebab dia sgt sibuk,maklumlah 'celebrity' Oooopsss...!!Dun wori M,i takkan dedahkan sape u!Biarlah rahsia..hahaha
dan aku harap tak ada yg akan bertanya pd aku siapa M,ok!

Masa kat Amsterdam,flight kami sama2 delay untuk ke destinasi seterus nya.Ada 5 jam lagi..waktu tu pagi,ramai yg gi breakfast so aku pun sama.
Sampaikan satu cafe tu,aku cari tempat  nak duduk tapi dh penuh. walaupun kerusi belum penuh diduduki tp setiap meja dh ada org, termasuk yg kat tepi aku ni.
"Hey,come sit here,join me.." pelawa pompuan yg senyum kat aku dlm  flight tadi.
"TQ.." balas aku.Aku pun terus duduk.

Dia senyum kat aku lagi.Lupa aku pd kisah duka sebelum ini dgn langkah baru ku ini,berjumpa orang baru.Tuhan itu Maha Kaya!Dan dengan izin Nya jua disini di bumi asing,ditemukan aku dengan M.

"U ni..Mxxxxxx kan?,selebriti yg hos program ........,suka aktiviti...., model produk .......,duta......I tabik la pompuan mcm u,berani dan lasak!"aku mula teruja berkat-kata.
" Wow..tak sangka,kat sini pun ada orang kenal i.." jawab M trsenyum.

Pendekkan citer kami pun sembang2 la,kebetulan M satu universiti gan anak buah aku kat overseas dulu..so,lagi banyak la citer.Last sekali aku bg satu buku untuk M sign cam autograf la..bukan  senang nak jumpa org famous camni!

Kat UK,masa tu winter gan macam2 dugaan yg aku terima disana aku pasrah.Banyak masa terluang dan aku benar2 ambil peluang ini untuk beramal ibadat lagipun bulan puasa dah tiba.Hobi aku memang mmbaca  selain menulis dan melukis.Aku memang plan nak ambil kesempatan gan masa yg ada utk menulis.Setiap pagi aku mnghadap PC..Firstly,baca online News dr newspaper Msia.Satu pagi tu..aku ternampak gambar M, rupanya dia menjd penulis tetamu kat paper tu.Satu persatu topik yg M tulis aku baca dan kesemuanya hampir sama dengan masalah yg aku sedang hadapi.Dan setiap topik tu..aku bg komen kat M melalui email. Aku letak nama samaran jerr!Hingga lah pd satu hari,aku buka email dan M membalas email aku.

-------

Email pertama yg diterima,pendek jerr tapi memberi makna.Kata2 yg aku ingat sampai kini...'Kuatkan hati dlm apa jua kesedihan yg u lalui dgn memikirkan kesusahan org lain adalah lebih teruk dari kita'.Dan kadang2 ada email dari M yg buat aku nak tergelak. Namun,setiap email yg dia balas banyak nasihat yg buat aku mula membuka fikiran kepada kesilapan yg aku lakukan.
Bila M bagi aku phone no.dia,walaupun aku tak pernah minta,Pada aku itu menunjukkan keikhlasan M utk berkawan dengan aku!!

Pendekkan cerita,aku jumpa M masa dia ada function kat Alamanda. Terkejut dia tengok aku..!Orang yg dia pernah jumpa dan dari situ kami berkawan.Nak kata selalu jumpa tak juga,Sms tu..sekali seminggu pun tak tapi adalah,itu pun just tanya kabar 'Hw r u?,Fine,Tq,Tk cr..' takat tu..jerr!caring..!!Selalunya aku yg send sms dulu,tu pun dah subuh baru M jawab.

Seriously,aku suka berkawan dengan M.Dia ada ciri-ciri sebagai kawan yg baik.Bila,aku ada problem dia buat aku gelak dan selalu ajar aku camne nak jd anak yg baik,ubahkan pemikiran yg negatif,motivasi tu dh keje dia tu!Seronok berkawan dgn org camni jenis 'Hepi go lucky'.Aku rasa mana-mana lelaki pun senang gan pompuan mcm ni,cantik tu mamng lah,tak sensitif,berdikari dah tu pandai wat kelakar,buat org hepi.,manja tu taklah keterlaluan dan Yang best,M suka dengar lagu,sekali tu aku naik keta M,dia asyik pasang lagu..'Aku adalah lelaki,yg tak pernah lelah mencari wanita ku..'ntah berpuluh kali di ulang-ulang,sampai liriknya aku boleh hafal.."Heii Beego,ni lagu u.."than dia gelakkan aku.Macam2 lagu dia beri kat aku..termasuk 'kekasih gelap ku'..tapi aku tak ambil serius sebab aku tau itu utk suka2jerr..dan paling aku nak gelak bila dia kata lagu,'Mahluk Tuhan paling seksi'tu pun utk aku.Dan nak tau kenapa di awal tulisan ni..aku letak lagu sheila Abdul?sebab itu lagu favourite M..!!!Kalau berkaraoke,ni..lagu wajib dia!Dulu aku sekadar dengar tapi akhir2 ni..aku pun hari2 mesti dengar lagu ini,menemani aku sepanjang masa ku menulis cerita ini.Kalau ada yg salah sangka tu bukan salah aku...dan kalau ada feeling antara aku gan M,setakat tu jerr..semua under control.Yg lain tu..gossip

( Kalau M baca mesti dia gelak~sori ekk)

Yang membezakan aku dengan M ialah dunia kami yg berbeza.Dunia M lain dan aku lain.Kerjayanya membataskan segalanya biarpun dia juga seperti kita adakala ketawa tapi dlm hati dia je tau!Aku hormati kerjaya yg M lakukan namun aku akui..aku rasa tak mampu utk hidup dlm dunia begitu.Seronok ada peminat,dikenali,glamour..indah tapi menyekatkan kebebasan!
---------

Sebenarnya,aku pun rasa ada sekatan masa menulis cerita ni..walaupun, masa jumpa M tadi dia ada kata,'I nak tengok camne u tulis tentang u gan i,mesti u payah nak buat org faham'.Benar kata M..sebab aku takut org salah faham tapi takpe lah..aku cuba kerana aku bukan nak cerita tentang seorang selebriti tapi tentang seorang kawan,tentang'Teman tapi mesra..,tentang mahluk Tuhan Paling seksi..,tentang Naluri lelaki..,tentang lelaki ini..' Dan samada mungkin kah aku teman biasa atau teman luarbiasa, aku rasa dh ada jawapannya begitu jua M.Apapun kami bahagia bersama sebagai kawan.. dan persoalan...

Mungkin bila tiba saatnya
kita akan tetap bersama
mungkin kah kita jatuh cinta
Mungkin kah.....
Hanya Tuhan yg tahu...

Dan diatas sebab-sebab tertentu aku terpaksa berhenti stop citer ni.Nanti aku sambung di lain title,insyallah.Soriiiii 
------

LihatTutupKomentar

Berlangganan via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner